BMC
PRODUCTION
Kata Nama
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada empat bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Kata Nama Am
​
1. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

2. Kata Nama Am adalah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
3. Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
 Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.Pada awal ayat
01
Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
​
2. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah,
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur
​
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
CONTOH : KLCC, Malaysia, Proton
02
Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
​
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
contoh ayat: 1) Saya seorang yang pemalu.
2) Awak belajar di mana?
3) Beliau berasal dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
03
Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata: pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata: -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata: per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an, pem-….-an, pe-….-an,
dan ke-…-an
Contoh:
pekerja, kesihatan, dan pendamaian.
04