top of page

Bahan Pembelajaran

Muat Turun:









Disini terdapat beberapa bahan yang boleh dimuat turun daripada laman web ini antaranya ialah Rancangan Pengajaran Harian dan Slide ShowRPH yang kami gunakan adalah berlandaskan Model Assure. Bagi video yang tidak terdapat didalam Slide Show pula anda boleh muat turun diruangan VIDEO.. 

Bahan Teks

FLORA DAN FAUNA

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.



Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

 

PUNCA KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

1. Pembalakan Haram

Pembalakan haram merupakan salah satu punca utama kepupusan flora dan fauna. Pembalak-pembalak haram giat membuat aktiviti pembalakan secara meluas di kawasan yang tidak sepatutnya. Pokok-pokok balak tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada di bawahnya. Keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan renek ini mengalami kepupusan. Apabila hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat yang tinggal untuk flora dan fauna.




2. Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka dan tidak terkawal juga boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut satu laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada bulan Mac 2005 yang lalu, kebakaran hutan di Berjuntai Bestari, Batang Berjuntai hampir meragut sejumlah besar hutan di kawasan tersebut. Apabila kebakaran hutan terjadi, fauna akan kehilangan tempat tinggal dan flora akan turut terbakar sama. Mohd Kadir (2009) di dalam blognya menyatakan kebanyakan pihak di negara membangun lebih gemar megambil jalan mudah dan singkat seperti mengamalkan konsep “tebas dan bakar” (slash and burn). Pembakaran yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan api merebak dan meningkatkan peratus kepupusan flora dan fauna.



3. Pembukaan Tanah Baru / Pembangunan

Antara keperluan yang sering menjadi masalah adalah tempat tinggal. Manusia memerlukan tempat tinggal. Oleh itu, untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru perlu diterokai untuk membina penempatan baru. Kawasan yang dahulunya hutan belantara telah dijadikan kawasan perumahan oleh pemaju-pemaju. Pembukaan tanah baru juga acap kali dilakukan untuk dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian. Habitat flora dan fauna digantikan dengan besi konkrit, menara dan sebagainya. Keratan akhbar di bawah merupakan salah satu contoh punca Sungai Kelantan menjadi cetek. Ini mendatangkan impak kepada hidupan akuatik di sungai tersebut.

Sumber dari Berita Harian


4. Pemburu Haram

Masyarakat sering disajikan dengan dokumentari atau berita tentang haiwan-haiwan dibunuh oleh pemburu haram untuk keuntungan sendiri. Dokumentari tentang perkara ini sering dipaparkan di rancangan Discovery Channel atau National Geography. Malaysia juga tidak terkecuali. Mohd Kdir (2009) menyatakan permintaan yang tinggi dalam bidang perubatan menyebabkan pelbagai spesis haiwan diburu.




 

  • w-facebook
  • w-tbird
  • w-flickr
bottom of page